Masa era reformasi dulu, UF pernah menulis satu artikel tentang sekular. Tajuknya "Sekular itu... Apa perancangannya" dan UF emelkan ke satu laman reformasi (UF sendiri dah tak ingat laman web apa dan bila). Artikel ini UF petik dan ubahsuai daripada buku "Mauqif al-Islam Min al-Tayyarat Wa al-Mazahib al-Mu'asharah" karangan Prof. Dr. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof. Dr. Hasan Muharram al-Sayyid al-Huwaini, Pensyarah Jabatan Akidah Dan Falsafah, Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar Mesir.
Asalnya buku ini didiskusikan oleh Us. Zulkifli Ismail (ketua dewan ulama PAS Melaka) suatu masa dulu di Mesir dalam satu program diskusi ilmiah yang dihadiri oleh UF. Oleh kerana isi tentang sekular dalam buku ini menarik perhatian, UF pun tulis artikel tersebut. Bila dah lama, UF pun dah lupa tentang artikel ini, tapi satu hari (hujung tahun 2008), UF pergi ke Jabatan Mufti Negeri Sembilan untuk dapatkan bahan untuk tesis Ph.D dan UF ternampak majalah Milenia yang diterbitkan oleh YADIM edisi pertama. Bila membelek dalam majalah tersebut, UF dapati artikel tentang sekular yang UF tulis tu ada disiarkan dalam majalah tersebut.
Malah beberapa laman web turut menyiarkan artikel tersebut. Cuba taip nama UF (Irwan Mohd Subri) dalam yahoo ataupun google, akan jumpa artikel tu disiarkan dalam beberapa laman web dengan tajuk yang dipinda sikit. UF rasa bersyukur pada Allah sebab artikel tu tersebar luas untuk umat Islam membaca dan memahami hakikat sekular. Mudah-mudahan ia termasuk dalam amalan soleh UF seperti mana dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W, (..... Ilmun Yuntafa' bihi.....).
Langgan:
Catat Ulasan
(Atom)
Tiada ulasan
Catat Ulasan