Hari Sabtu 18 April 2009, UF diberi penghormatan untuk menjadi pengacara majlis "Motivasi bersama Nik Nurmadihah (Pelajar terbaik SPM 2008 - 20A)" yang diadakan di Surau al-Hijrah, Kota Warisan. Walaupun majlis bermula lewat sejam (jam 10am) dari yang dijadualkan, orang ramai dan pelajar sekolah setia menunggu untuk melihat dengan mata kepala dan mendengar dengan telinga sendiri motivasi yang disampaikan oleh beliau. Beliau datang dengan ditemani oleh ayahnya sendiri.
Sememangnya Nik Nurmadihah insan yang diberi keistimewaan khas oleh Allah Taala dengan kecerdikan walaupun berasal dari keluarga yang kurang mampu. Namun dengan kejayaan yang dia dapat itu, membawa rahmat dan rezeki yang melimpah ruah untuknya dan keluarga. Di samping kecerdikan yang dimilikinya, dia juga petah bercakap yang mampu menarik perhatian hadirin (lebih kurang 300 orang) yang hadir.
Kata Nik Nurmadihah, rahsia kejayaannya hanya terangkum dalam dua faktor, iaitu:
1. Hablun Minallah (hubungan dengan Alah).
- Jaga Solat.
- Baca al-Quran.
- Tutup aurat.
- Jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
2. Hablun Minannas (hubungan dengan manusia).
- Ibu bapa.
- Guru.
- Sayangi mereka.
- Mohon restu mereka.
Senjata utama yang menjadi motivasinya ialah doa kepada Allah Taala dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Tumpuan dan fokus mesti diberi perhatian yang serius ketika belajar dan jangan menangguh sebarang kerja. Beliau mengungkap satu kata-kata indah: "Usaha tanpa tawakkal sombong, tawakkal tanpa usaha kosong". Majlis diakhiri dengan hadirin dan pelajar berebut mendapatkan tandatangan Nik Nurmadihah dan buku catatan hidupnya dengan harga RM23.
Selamat menyambung belajar buat Nik Nurmadihah di Universiti Jash, Irbid, Jordan. Moga Allah memberkati perjalanan hidupmu!
(Buku Nik Nurmadihah)
(Tandatangan Nik Nurmadihah untuk UF)
teringin nak mengenali dia ngan lebih dekat lg... kagum dengannya
BalasPadamAssalamulaikum ustaz, kaklong minta izin utk copy cerita pasal nurmadihah untuk dikongsi dgn adik2,boleh ya!
BalasPadamsyukran..
aku kagum denganya, kala bulih ingin ku sunting menjadi .....
BalasPadambukan senang cari insan sebegini..