Pagi Jumaat, UF tonton satu slot dalam Malaysia Hari Ini tentang minyak zaitun dan kelebihannya. Ia disampaikan oleh En. Zaidi Zainal seorang pengguna dan pengkaji minyak zaitun. Menurut beliau dalam satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Amerika awal 80an, setiap 10 ribu rakyat Amerika, 1 ribu orang akan diserang sakit jantung. Berbanding orang yang tinggal di sebelah Mediteranian, setiap 10 ribu, hanya 50 orang sahaja yang mengidap sakit jantung. Bila dikaji lanjut, rupanya mereka ini mengamalkan minyak zaitun melalui masakan ataupun minuman.
Jadi sejak 80an, pengkaji Amerika mengkaji tentang minyak zaitun dan selepas 20 tahun iaitu pada 2004 terbukti keberkesanan minyak zaitun kepada manusia. Minyak zaitun juga boleh meningkatkan kolestrol baik (HDL) dan menurunkan kolestrol jahat (LDL). Sophie Lauren tika ditanya apa rahsia awet mudanya, beliau menjawab dia mengamalkan tidak kurang 2 sudu minyak zaitun sehari.
Ini semuanya tidak menghairankan kerana buah zaitun memang tersebut dalam al-Quran al-Karim sama seperti madu lebah, malah Allah Subhanahu Wa Taala bersumpah dengan buah zaitun. Firman Allah Azza Wa Jalla: والتين والزيتون
yang bermaksud, "Dan demi buah Tin dan buah Zaitun" (surah al-Tin ayat 1).
Cuma khasiat madu lebah ataupun minyak zaitun hanya diketahui pada zaman moden ini setelah kajian demi kajian. Akhirnya membawa natijah sebenarnya apa yang disebutkan oleh Allah Taala dalam al-Quran mengenai madu dan buah zaitun adalah benar belaka yang sepatutnya meningkatkan iman kita kepada-Nya sebagai pencipta makhluk. Maha suci Allah!
UF pertama kali makan buah zaitun masa naik flight ALIA (Jordan Airlines) nak ke Mesir tahun 1992 untuk sambung pelajaran peringkat ijazah. Masa makan, dihidangkan lansyun (kepingan daging) dan buah zaitun, first time rasa buah zaitun tu memang tak lalu nak telan. Tak tahu nak gambarkan rasanya macam mana, tapi bila dah biasa makan buah zaitun dah tak rasa apa-apa kecuali sedap. Malah pelajar-pelajar Malaysia di Mesir kadang-kadang makan nasi berulamkan buah zaitun. Memang sedap, kalau tak percaya cuba try test.
Langgan:
Catat Ulasan
(Atom)
Tiada ulasan
Catat Ulasan