Kelmarin UF diziarahi oleh 2 orang jamaah Tabligh di rumah sekitar jam 11.30 pagi sebab kebetulan jamaah Tabligh buat program di Surau al-Hijrah Kota Warisan. Kami bertaaruf serta berbual dan kebetulan yang seorang ni (Us. Nazmi) berasal dari Terengganu dan kenal dengan beberapa orang sahabat UF di Damanhur, Mesir sebab mereka satu sekolah (SMUZA). Dah lama bersembang, Us. Nazmi ni pun kemukakan satu soalan, iaitu apa pandangan UF terhadap salam keretapi yang diamalkan di Surau al-Hijrah Kota Warisan setiap kali lepas solat fardu.
Salam keretapi yang dimaksudkan ialah semua jamaah bersalam sesama sendiri dalam bentuk bulatan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Tak semua surau atau masjid yang mengamalkan salam keretapi ni, jadi Us. Nazmi ingin bermuzakarah dengan UF berkenaan isu tersebut. UF kata, walaupun mungkin Nabi tak pernah buat macamni, ia tdak bererti perkara tu tidak boleh. Pada setiap masa dan tempat akan muncul uruf/adat baru yang tidak ada pada zaman Nabi S.A.W.
Persoalan sama ada uruf/adat baru itu boleh diamalkan atau tidak, maka perlu merujuk kepada prinsip Syarak. Jika ia tidak bercanggah dengan prinsip Syarak maka ia dibolehkan walaupun uruf/adat itu tidak wujud pada zaman Nabi. Sebaliknya pula jika uruf/adat baru didapati berlawanan dengan prinsip Syarak (seperti uruf/adat baru bersalaman dengan wanita bukan mahram), maka ia sudah tentu tidak dibenarkan dalam Syarak. Tugas untuk menentukan ia boleh atau tidak diserahkan kepada ulama yang arif dalam bidang Syariah.
Berbalik kepada salam keretapi tu, ia tidak bercanggah dengan prinsip utama Syarak. Ia lebih merapatkan silaturrahim sesama penduduk yang bersolat jamaah di surau. Walaupun dalam sesetengah kitab mengatakan yang bersalam tangan ni hanya disunatkan jika sudah lama tidak berjumpa, namun keadaan ini perlu disesuaikan dengan keadaan semasa. Tambahan lagi sambil berjalan bersalaman sesama jamaah, mereka berselawat ke atas Nabi. Tidakkah 1 selawat ke atas Nabi akan dibalas oleh Allah 10 kali selawat (rahmat) kepada kita seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis?
Selepas penjelasan isu ini, Us. Nazmi nampak macam berpuas hati dan dia akan sampaikan pula kepada mana-mana pihak yang bertanyakan soalan ini. Kami sama-sama bersetuju perlunya usaha megembalikan masyarakat kepada ajaran Sunnah Nabi Muhammad S.A.W melalui peranan mansing-masing.
Langgan:
Catat Ulasan
(Atom)
Tiada ulasan
Catat Ulasan