Dendam Yang Tiada Bernoktah?


02 Julai 2009

Dendam Yang Tiada Bernoktah?

UF ingatkan cerita seorang ex-lecturer FSU, USIM yang heboh tidak lama dahulu pasal isu pelajar ramai gagal dalam exam dah selesai. UF pun ada ulas berkenaan isu tu dalam blog ini. Rupanya dia masih menjaja lagi cerita berkenaan hal tersebut dalam blognya. Waktu isu ini tengah hangat, dia padam blognya dan sekarang ini dia buka blog lain dan post-post dalam blog itu lebih kepada serangan peribadi kepada individu-individu yang terlibat dengannya dalam isu dulu. Namun walaupun dia buka blog lain, tapi dia tidak membenarkan orang untuk komen atau reply terhadap tulisannya.

UF tak nak kata apa-apa nanti kata bias pula, jadi anda boleh lawati blognya (sila klik di sini) dan anda boleh lihat dan faham sendiri tahap mentaliti ex-lecturer tersebut. Untuk makluman semua, dia adalah anak orang kaya (menurut katanya, rumah bapanya harga juta-juta) dan seorang yang berpelajaran tinggi dalam bidang undang-undang. Tapi kalau baca blognya, ahhh anda nilai sendirilah...

UF teringat satu kata-kata peribahasa arab: "Laysa al-fata man qala kana abi, Inna al-fata man qala ha ana za"....

3 ulasan

  1. buat pengetahuan semua, dia ni sekarang sedang saman menyaman dengan MMU. memang sejak dia berjaya dikesan oleh MMU di USIM, MMU telah menyaman beliau kerana tidak meletakkan jawatan dengan sempurna di MMU. sepanjang beliau berkhidmat di USIM, MMU tidak pernah stop menghubunginya (yang misteri mengapa MMU tak hubungi Admin USIM). setelah dia disingkir dari USIM dan kini famous dia telah mula saman MMU semula untuk; MENUNTUT GAJI DAN PAMPASAN SEPANJANG TEMPOH DIBERHENTIKAN DARI MMU. Katanya dia diberi jawatan oleh MMU dengan tujuan untuk diberhentikan. siapa berhenti siapa ni? dia nampaknya berani kerana datang dari keluarga lawyer yang punya firma besar.(staf USIM hantarlah student buat praktikal di situ; Bahari&Bahari)

    tapi yg saya terkilan ialah sikap USIM mendiamkan diri setelah pressconference pertama NC, sedangkan MMU tidak pernah berhenti dari mengejar dan menyamannya. tahukah anda bulan Mei akhbar The Star siarkan kertas jawapan student USIM yg teruk? (ditanda oleh Nor ni)

    Perbuatan ini sahaja sudah cukup utk USIM menyamannya. ada kata2 pedih bahawa warga LAw di USIM iaitu;
    1.Law admin cum Legal
    2.lecturers
    3.students

    memang semuanya incompetent, buakan the best, anak2 kroni (anak VC pun ada) tetapi tiada seorang pun yang berani menyerang balas/saman/jawab Nor ni seperti mana beraninya Law Admin MMU yang tidak pernah tutup fail beliau.apakah anda semua takut? sedangkan warga Law di USIM amat ramai ada Profesor berbanding MMU yang title Dr pun tiada tetapi terus menerus menyerang/saman/menelefon Nor sehinggakan beliau tidak akan berani mencerita benda2 buruk di MMU.

    BalasPadam
  2. Wallahu A'lam, sama ada USIM atau individu2 yang selalu diserang oleh si nor tu telah/akan ambil tindakan undang2. Sama ada wajar atau tidak pihak2 berkaitan saman balik, terpulanglah kepada mereka.

    Apa yang dilakukan oleh nor tu memang tak bermoral dan tak beradab (walaupun dia dok canang dia benar) kerana mendedahkan aib orang yang entah betul atau tidak. Sekarang dah jadi serangan peribadi.

    UF teringat hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
    من ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة
    yang bermaksud, "Siapa yang meutup aib orang muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat".

    Nor kena baca hadis ni dan faham! Biar dia canang satu dunia pasal aib orang, tapi dia kena ingat aibnya pasti akan terlondeh satu masa nanti, kalau tak di dunia pun diakhirat nanti lagi teruk.

    BalasPadam
  3. Memang kalau ikut hati yang panas, nak saman menyaman aje. Tapi admin USIM may be sebab yg munasabah yg menyebabkan mereka tak ambil tindakan. Banyak lagi perkara penting yg perlu ditangani, berbanding melayan karenah orang yg tak berapa nak betul ni.

    BalasPadam

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage