Bila Beban Semakin Bertambah


10 September 2009

Bila Beban Semakin Bertambah

Tahun 2006 bila UF buat satu research mengenai punca-punca murtad di bawah tajaan YADIM, UF pergi ke Sarawak untuk mendapatkan data berkaitan. Antara tempat yang UF pergi ialah HIKMAH iaitu satu badan NGO yang terlibat dengan aktiviti dakwah di sana. Dalam satu temubual dengan seorang ustaz veteran (tak ingat nama dia), UF rasa terpukul dengan kata-katanya bila dia sebut, di mana pelajar-pelajar al-Azhar? Mereka hanya mahu kerja dalam aircond dan amat sedikit yang sanggup masuk ke pedalaman untuk terlibat dalam kerja-kerja dakwah.

Bila UF fikir-fikir balik, memang betul kata ustaz tu, selama ni kita dok rasa yang kita dah menjalankan kerja dakwahbila dijemput berceramah di sana sini. Sebagai pensyarah universiti, kita dok anggap kita dah berdakwah dan mentarbiah para pelajar dalam kelas. Betul, tapi berapa ramai dari kalangan ustaz/ah dan pensyarah yang betul-betul terlibat dengan masyarakat dalam erti kata yang lebih luas. Kebanyakan kita hanya sanggup dipanggil berceramah di tempat-tempat tertentu, terutama dalam televisyen, tapi untuk memimpin dan terlibat dengan masyarakat kita memberi pelbagai alasan.

Memegang gelaran ustaz/ah sebenarnya memberi peluang yang luas untuk kita diterima dalam masyarakat sebab mereka menghormati kita. Bila UF berada di Kota Warisan dan orang mula mengenali UF seorang “ustaz”, bermula dengan mengajar kuliah maghrib di surau, sehingga sekarang UF terlibat dalam 13 jawatankuasa di Kota Warisan sahaja. Bukan mahu mendabik dada kerana tidak ada faedahnya, tetapi menyedari beban yang semakin bertambah, terkadang tu memang rasa amat berat untuk memikulnya. Ini tak termasuk jawatankuasa di tempat kerja yang setakat ni tiada lagi sebab UF masih dalam cuti belajar. UF yakin bila dah masuk kerja balik lepas raya ni, akan adalah lantikan dalam mana-mana jawatan atau jawatankuasa.

Terkadang tu terasa malu nak mengaku seorang “ustaz” atau “pendakwah” jika nak dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat baginda R.A. Mungkin hanya layak digelar ustaz aircond sebab nafsu diri hanya mahu mendapat layanan VIP sebab “aku seorang ustaz”. Kalau hanya mahu layanan begitu, jangan mengakulah diri tu pendakwah hebat, buat malu je.

Ya, terasa diri tak terpikul amanah yang dipertanggungjawabkan, tetapi yang menjadi kekuatan diri untuk terus berbakti, berdakwah dan terlibat dalam masyarakat ialah doa orang berjuang:

اللَّهُمَّ لاَ تُخَفِّفْ حَمْلِيْ وَلَكِنْ قَوِّيْ ظَهْرِيْ
Maksudnya, “Ya Allah, janganlah Engkau ringankan bebanku, tapi kuatkanlah pundakku”.

1 ulasan

  1. UF,
    Memang tak ramai yg sanggup. Masa belajar dulu, saya memang kerap pegi ke Kg2 Org Asli di Jeli, Puchong, Grik, utk kajian atau untuk prog bersama mereka (secara tak langsung, berdakwah).

    Apa yg saya perhatikan, memang tak ramai ustaz2 apatah lagi ustazah yg terlibat. Kalau ada pun yg mengiringi kami tu org2 dari jabatan Agama Islam, sebahagian tu hanya sebab makan gaji. Namun ada sebahagian memang merupakan pendakwah sejati yg saya kagumi.

    May be UF boleh uar2kan kepentingan perkara ini di kalangan kawan2 UF dan kalangan ustaz/ustazah di USIM, termasuk Sekretariat Pendakwah Mudanya. Pada pendapat saya, kerja di lapangan itu lebih menguji sejauh mana benarnya dakwaan yg seseorang tu adalah pendakwah.

    BalasPadam

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage