Syarat-Syarat Tayammum
Syarat-syarat tayammum ada 5 perkara:
1) Ada keuzuran disebabkan musafir atau sakit.
2) Masuk waktu sembahyang.
3) Mesti mencari air terlebih dahulu.
4) Tidak mendapati air selepas mencarinya atau tidak boleh menggunakan air untuk berwuduk kerana sakit.
5) Mesti menggunakan tanah yang suci lagi berdebu. Sekiranya tanah
itu bercampur dengan kapur putih atau pasir maka tidak boleh
menggunakannya untuk bertayammum.
Rukun-Rukun Tayammum
Rukun-rukun tayammum ada 4 perkara:
1) Niat.
2) Menyapu muka.
3) Menyapu 2 tangan termasuk siku.
4) Mengikut tertib.
Sunat-Sunat Tayammum
Sunat-sunat tayammum ada 3 perkara:
1) Membaca Bismillah.
2) Mendahulukan anggota kanan atas anggota kiri.
3) Berturut-turut.
Perkara Yang Membatalkan Tayammum
Perkara yang membatalkan tayammum ada 3 perkara:
1) Perkara yang membatalkan wuduk.
2) Ternampak atau mendapati air sebelum sembahyang.
3) Murtad.
(Sumber: Kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” - Abu Shuja’).
Langgan:
Catat Ulasan
(Atom)
Tiada ulasan
Catat Ulasan