BAB SEMBAHYANG
Waktu-Waktu Sembahyang
Sembahyang fardu (wajib) ada 5:
1) Zuhur: Awal waktunya bermula apabila gelincir matahari. Ia
berakhir apabila bayang setiap benda menjadi sama panjang dengan benda
itu selepas bayang gelincir.
2) Asar: Awal waktunya bermula apabila bayang sesuatu benda menjadi
lebih daripada benda itu. Berakhirnya waktu pilihan apabila bayang
sesuatu benda menjadi 2 kali ganda. Berakhirnya waktu harus sehingga
terbenam matahari.
3) Maghrib: Waktunya hanya satu iaitu dengan terbenamnya matahari
dan dengan sekadar seseorang azan. Kemudian dia berwuduk, menutupi aurat
lalu dia bersembahyang fardu maghrib dan dia menambahkan lagi 5 rakaat.
4) Isyak: Awal waktunya bermula apabila warna kemerahan di langit
telah hilang. Berakhirnya waktu pilihan ialah 1/3 dari malam dan
berakhirnya waktu harus ialah sehingga terbit fajar kedua (fajar sadiq).
5) Subuh: Awal waktunya bermula apabila terbit fajar kedua (fajar
sadiq). Berakhirnya waktu pilihan ketika waktu subuh kelihatan terang
dan berakhir waktu harus apabila terbit matahari.
Syarat-Syarat Wajib Sembahyang
Syarat-syarat wajib sembahyang ada 3 perkara:
1) Islam.
2) Baligh.
3) Berakal.
Syarat-syarat ini ialah definisi orang mukallaf.
(Sumber: Kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” - Abu Shuja’).
Langgan:
Catat Ulasan
(Atom)
Tiada ulasan
Catat Ulasan