Antara kajian lapangan yang saya buat ialah tentang institusi agama atau lebih tepat tentang beberapa Jabatan Mufti Negeri. Kajian itu mengenai tahap pengetahuan masyarakat Islam di bandar-bandar utama tentang kewujudan Jabtan Mufti Negeri tersebut dan tahap pematuhan terhadap fatwa-fatwa yang diputuskan. Saya pernah juga buat kajian dan menghasilkan graduan sarjana tentang Mufti Wanita di Malaysia. Saya hasilkan model bidangkuasa sekiranya pada masa akan datang ada Negeri yang ingin melantik sorang Mufti wanita. Untuk pemantapan kertas kerja fatwa atau terkadang dipanggil kertas hukum, dalam RTD anjuran IKIM saya pernah cadangkan agar dilakukan audit fatwa. Pilih beberapa kertas fatwa (kalau tak semuapun), lalu dilantik pihak ketiga untuk semak penulisan kertas kerja tersebut. Ini untuk meningkatkan kualiti penulisan kertas hukum kefatwaan. Dalam pengajaran subjek Pengurusan Fatwa di USIM, antara tugasan pelajar ialah saya minta pelajar membuat ulasan tentang laman web Jabatan Mufti Negeri. Saya juga minta pelajar buat analisis SWOT. Untuk memantapkan kemahiran pegawai di Jabatan Mufti, saya bangunkan modul Sijil Eksekutif Kemahiran Istinbat Hukum. Dua Jabatan Mufti iaitu Sarawak dan Wilayah Persekutuan telah mengikuti lapan siri modul tersebut. Sebagai pemeriksa luar dan penyelia tesis, saya amat terbuka sekiranya ada calon pelajar yang mencadangkan penambahbaikkan apa sahaja aspek tentang Jabatan Mufti atau Jawatankuasa Fatwa. Saya sudah menjadi penyelidik lebih 20 tahun. Banyak terlibat membuat kajian dan kertas kerja kefatwaan sama ada untuk JK Muzakarah MKI di peringkat Kebangsaan mahupun untuk JK Fatwa Negeri. Saya kenal dan ada ramai kawan di JAKIM, JK Muzakarah MKI dan JK Fatwa Negeri. Apatah lagi sekarang saya salah seorang AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang. Ini semua bukan tujuannya untuk membuka pekung Jabatan Mufti Negeri, apatah lagi nak memburukkannya. Tujuan dan hasrat saya ialah untuk menyumbang sesuatu kepada penambahbaikkan dan memantapkan peranan institusi kefatwaan tersebut. Apa yang saya kaji, apa yang saya buat dan apa yang saya cadangkan seperti biasa ada yang terkejut, ada yang terima, ada yang sinis dan ada yang tidak terima sama ada secara baik atau keras. Saya akan terus buat apa yang saya buat dulu, kini dan selamanya insya Allah selagi hayat dikandung badan.
27 April 2025
26 April 2025
Biro Tatanegara (BTN)
April 26, 2025
2005 saya menghadiri kursus Biro Tatanegara (BTN) sebagai syarat untuk dapat tajaan biasiswa JPA sambung belajar ke luar negara. Seorang kawan pensyarah yang telah hadir kursus itu dalam siri sebelumnya pesan kat saya. Nanti dalam satu latihan berkumpulan, fasilitator akan lontarkan satu soalan lebih kurang begini: Organisasi anda nak buat satu program motivasi. Ada 3 syarikat operator: 1. Syarikat berpengalaman dan bagus tapi pro pembangkang. 2. Syarikat baru tubuh dan tiada pengalaman tapi pro kerajaan (pro UMNO). 3. Syarikat antarabangsa yang berpengalaman. Jadi syarikat mana anda nak pilih? Kawan saya cerita sapa yang pilih jawapan 1 memang kena ghasl mukh (basuh otak) sebab dicop geng pembangkang. Sapa pilih jawapan 3 pun kena basuh juga sebab dicop sebagai tidak patriotik kepada negara. Jadi sapa pilih jawapan 2 memang kena puji (dan ini sebenarnya SYARAT MUDAH nak lulus kursus BTN tu walaupun kena taqiyyah). Bagai dikabor, memang sungguh soalan itu yang ditanya dalam kursus BTN yang saya hadir. Saya pula dilantik jadi tok penghulu siri tu, bersungguhlah saya menjustifikasi jawapan 2. Ahli kumpulan lain ada yang pilih jawapan 1, 2 dan 3. Bagai dikabor juga memang betul sapa pilih jawapan 1 dan 3 memang kena basuh kaw² dengan fasilitator. Kami yang pilih jawapan 2 dipuji melangit. Dalam hati saya gelak ja sebab soalan dah bocor awal hahahaha. Saya menjangkakan soalan bentuk begini lebih kurang akan ditanya dalam temuduga Naib Canselor nanti. Mungkin ya mungkin tidak. Kalau ditanya, saya ada jawapannya insya Allah. Kita tidak pernah serius untuk membangunkan negara dengan orang yang paling layak. Yang penting satu gu.
Naib Canselor
April 26, 2025
09 April 2025
FIQH TENTERA: KAJIAN YANG TIADA HENTINYA
April 09, 2025
8 April 2025
03 April 2025
TRAGEDI KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS: APA PERANAN AGAMAWAN DAN AGENSI AGAMA?
April 03, 2025
Ikuti saya!