FIQH TENTERA: KAJIAN YANG TIADA HENTINYA


09 April 2025

FIQH TENTERA: KAJIAN YANG TIADA HENTINYA

 





8 April 2025

Hari yang amat memenatkan. Jam 4.20am saya dah bangun kerana hari ni ada temujanji kajian Fiqh Tentera di Kem Sg Udang Melaka. Nak tangkap gambar tatacara bersuci dan solat bagi Sniper & Spotter serta bagi anggota tentera yag pakai PPE yang menjalankan operasi Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe). Jam 5.00am saya bergerak dari rumah dan singgah di restoan Mannu Salwa ambil Us. Azhar dan Dr. Amiruddin (2 komando yang sangat setia dengan dalam kajian team Komando Briged al-Qassam saya). Kami sampai di Masjid Syuhada Kem Terendak lebih kurang jam 7.45am. Lebih kurang jam 9.00am kami bergerak ke Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) iaitu pusat latihan Komando. Di situ kami tangkap gambar tatacara bersuci dan solat bersama Sniper & Spotter komando. Dah alang-alang bersama Sniper & Spotter komando, saya mencuba pakaian Sniper dan mencuba sendiri pergerakan solat dengan pakaian tersebut. Berpeluh juga pakai pakaian tu. Bayang tengok Sniper pakai dalam tempoh berjam-jam atau berhari-hari kalau dalam latihan atau operasi. Habis shooting gambar, kami dijemput untuk minum bersama Komandan PULPAK. Kami berborak ringkas dan mengcapkan terima kasih kerana kebenarannya untuk kami shooting dengan komando beliau. Dapat ja makan 2-3 ulas musang king. Tengah hari kami pergi ke rumah Kapten Faiz untuk berehat sekejap dan makan tengah hari. Lepas tu kami ke Masjid Syuhada untuk solat Zohor. Jam 2.00pm kami bergerak pula ke Skuardron 12 Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) ATM yang terletak bersebelahan Kem Terendak. Di situ kami berjumpa dengan CO dan diberi taklimat tentang peranan Skuardron CBRNe. Kami bersoal jawab juga tentang isu-isu fiqh berbangkit. Ini kerana Skuardron CBRNe adalah pasukan yang akan pakai PPE khas bila berlaku perang yang melibatkan agen-agen kimia dan lain-lain yang berbahaya. Pemakaian PPE itu bergantung kepada jenis PPE yang dipakai. Kebiasaan akan melibatkan pemakaian PPE dalam tempoh 30 minit hingga ke 2-3 jam bergantung kepada situasi. Setelah taklimat, kami dibawa melawat ke stor penyimpanan PPE dan di situ saya sendiri memakai 2 jenis PPE kategori A (yang melibatkan situasi bahan kimia tidak diketahui). Jenis ini perlu bantuan 2-3 orang untuk memakainya sebab susah. Macam pakaian angkasawan dan ada tong gas oksigen yang digalas di belakang badan dan topeng oksigen yang dipakai di bahagian muka. PPE ini bertutup rapat. Saya pakai dalam masa 10 minit pun dah rasa sesak nafas dan rasa sempit dada. Saya cuba berjalan pun terkedek-kedek dan susah. Cuba nak rukuk pun rasa nak terhumban ke depan kerana sedang menggalas tong gas oksigen. Satu lagi ialah PPE kategori C. Ia ada baju, seluar dan kasut khas tapi tak seberat PPE gred A. Tong gas oksigen pun tak ada. Hanya topeng muka seperti dalam gambar (Saya dalam PPE biru dan Us. Azhar PPE Hijau). Saya cuba melakukan pergerakan solat seperti rukuk dengan PPE ini tidak ada masalah sangat. Lepas itu kami shooting gambar dengan anggota tentera yang pakai PPE gred C. Saya cuba bertahan selama 40 minit dalam PPE tu walaupun berpeluh-peluh dan rasa sesak nafas bila setiap kali cuba bernafas. Saya nak rasa sendiri keperitan memakai PPE dalam tempoh yang lama. Rupanya ada sahaja isu-isu fiqh berkaitan tentera ini. Setiap kali kami buat kajian sebegini, ada sahaja info dan ilmu baharu yang kami perolehi. Ini baru cabang tentera darat. Cabang tentera laut dan udara juga ada isu-isu fiqh tersendiri. Alhamdulillah pihak ATM memberi kerjasama yang amat baik kepada team kami. Perjalanan hari ini kami sudahi dengan makan lempeng di tepi pantai dengan team USIM dan tean KAGAT yang juga selalu menemani kami sepanjang kami buat kajian ini. Saya sampai rumah jam 9.00pm. Amat penat sebab saya lah driver, saya lah kamera man, saya lah Director hahaha. Namun Alhamdulillah berbaloi. Nota: saya hanya boleh tunjuk gambar sebahagian sahaja dan tidak keseluruhannya.

Tiada ulasan

Catat Ulasan

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage