2025


27 April 2025

Ke Arah Pemantapan Institusi Fatwa



Antara kajian lapangan yang saya buat ialah tentang institusi agama atau lebih tepat tentang beberapa Jabatan Mufti Negeri. Kajian itu mengenai tahap pengetahuan masyarakat Islam di bandar-bandar utama tentang kewujudan Jabtan Mufti Negeri tersebut dan tahap pematuhan terhadap fatwa-fatwa yang diputuskan. Saya pernah juga buat kajian dan menghasilkan graduan sarjana tentang Mufti Wanita di Malaysia. Saya hasilkan model bidangkuasa sekiranya pada masa akan datang ada Negeri yang ingin melantik sorang Mufti wanita. Untuk pemantapan kertas kerja fatwa atau terkadang dipanggil kertas hukum, dalam RTD anjuran IKIM saya pernah cadangkan agar dilakukan audit fatwa. Pilih beberapa kertas fatwa (kalau tak semuapun), lalu dilantik pihak ketiga untuk semak penulisan kertas kerja tersebut. Ini untuk meningkatkan kualiti penulisan kertas hukum kefatwaan. Dalam pengajaran subjek Pengurusan Fatwa di USIM, antara tugasan pelajar ialah saya minta pelajar membuat ulasan tentang laman web Jabatan Mufti Negeri. Saya juga minta pelajar buat analisis SWOT. Untuk memantapkan kemahiran pegawai di Jabatan Mufti, saya bangunkan modul Sijil Eksekutif Kemahiran Istinbat Hukum. Dua Jabatan Mufti iaitu Sarawak dan Wilayah Persekutuan telah mengikuti lapan siri modul tersebut. Sebagai pemeriksa luar dan penyelia tesis, saya amat terbuka sekiranya ada calon pelajar yang mencadangkan penambahbaikkan apa sahaja aspek tentang Jabatan Mufti atau Jawatankuasa Fatwa. Saya sudah menjadi penyelidik lebih 20 tahun. Banyak terlibat membuat kajian dan kertas kerja kefatwaan sama ada untuk JK Muzakarah MKI di peringkat Kebangsaan mahupun untuk JK Fatwa Negeri. Saya kenal dan ada ramai kawan di JAKIM, JK Muzakarah MKI dan JK Fatwa Negeri. Apatah lagi sekarang saya salah seorang AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang. Ini semua bukan tujuannya untuk membuka pekung Jabatan Mufti Negeri, apatah lagi nak memburukkannya. Tujuan dan hasrat saya ialah untuk menyumbang sesuatu kepada penambahbaikkan dan memantapkan peranan institusi kefatwaan tersebut. Apa yang saya kaji, apa yang saya buat dan apa yang saya cadangkan seperti biasa ada yang terkejut, ada yang terima, ada yang sinis dan ada yang tidak terima sama ada secara baik atau keras. Saya akan terus buat apa yang saya buat dulu, kini dan selamanya insya Allah selagi hayat dikandung badan.

26 April 2025

Biro Tatanegara (BTN)

(Sumber Gambar: Malaysia Gazzette)


2005 saya menghadiri kursus Biro Tatanegara (BTN) sebagai syarat untuk dapat tajaan biasiswa JPA sambung belajar ke luar negara. Seorang kawan pensyarah yang telah hadir kursus itu dalam siri sebelumnya pesan kat saya. Nanti dalam satu latihan berkumpulan, fasilitator akan lontarkan satu soalan lebih kurang begini: Organisasi anda nak buat satu program motivasi. Ada 3 syarikat operator: 1. Syarikat berpengalaman dan bagus tapi pro pembangkang. 2. Syarikat baru tubuh dan tiada pengalaman tapi pro kerajaan (pro UMNO). 3. Syarikat antarabangsa yang berpengalaman. Jadi syarikat mana anda nak pilih? Kawan saya cerita sapa yang pilih jawapan 1 memang kena ghasl mukh (basuh otak) sebab dicop geng pembangkang. Sapa pilih jawapan 3 pun kena basuh juga sebab dicop sebagai tidak patriotik kepada negara. Jadi sapa pilih jawapan 2 memang kena puji (dan ini sebenarnya SYARAT MUDAH nak lulus kursus BTN tu walaupun kena taqiyyah). Bagai dikabor, memang sungguh soalan itu yang ditanya dalam kursus BTN yang saya hadir. Saya pula dilantik jadi tok penghulu siri tu, bersungguhlah saya menjustifikasi jawapan 2. Ahli kumpulan lain ada yang pilih jawapan 1, 2 dan 3. Bagai dikabor juga memang betul sapa pilih jawapan 1 dan 3 memang kena basuh kaw² dengan fasilitator. Kami yang pilih jawapan 2 dipuji melangit. Dalam hati saya gelak ja sebab soalan dah bocor awal hahahaha. Saya menjangkakan soalan bentuk begini lebih kurang akan ditanya dalam temuduga Naib Canselor nanti. Mungkin ya mungkin tidak. Kalau ditanya, saya ada jawapannya insya Allah. Kita tidak pernah serius untuk membangunkan negara dengan orang yang paling layak. Yang penting satu gu.

Naib Canselor

 


Saya pernah memohon jawatan Naib Canselor Unishams dan telah dipanggil temuduga pun. Ada 3 orang calon yang disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga. Antara soalan panel yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah apa langkah dan strategi saya untuk menjana kewangan Unishams. Pertamanya saya menjawab sepatutnya Universiti tidak dibebankan dengan kerja mencari wang. Universiti sepatutnya fokus kepada pembangunan dan penyediaan akademik pelajar. Namun memandangkan penjanaan kewangan Universiti sudah menjadi satu kewajipan sekarang dan semua pihak berkaitan bercakap mengenainya, maka saya memperkenalkan satu strategi untuk Unishams yang saya namakan "Strategi Koloni Lebah". Secara mudahnya ia adalah kerjasama semua pihak dalam Universiti untuk turut menjayakannya. Adalah 2-3 cadangan untuk penjanaan yang saya nyatakan dalam temuduga itu. Pendek cerita saya tidak dapat jawatan itu. Saya tidak kecewa pun. Ia satu pengalaman untuk saya. Namun kalau saya dipanggil untuk temuduga jawatan Naib Canselor mana-mana universiti lain pula, strategi sama yang saya akan cadangkan. Banyak juga idea saya nak cadangkan khususnya tentang penjanaan kewangan Universiti. Kalau nak tahu panggillah saya untuk temuduga Naib Canselor.
All reactions:
Usman Che Aziz, محمدابن محمد and 315 others

09 April 2025

FIQH TENTERA: KAJIAN YANG TIADA HENTINYA

 





8 April 2025

Hari yang amat memenatkan. Jam 4.20am saya dah bangun kerana hari ni ada temujanji kajian Fiqh Tentera di Kem Sg Udang Melaka. Nak tangkap gambar tatacara bersuci dan solat bagi Sniper & Spotter serta bagi anggota tentera yag pakai PPE yang menjalankan operasi Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe). Jam 5.00am saya bergerak dari rumah dan singgah di restoan Mannu Salwa ambil Us. Azhar dan Dr. Amiruddin (2 komando yang sangat setia dengan dalam kajian team Komando Briged al-Qassam saya). Kami sampai di Masjid Syuhada Kem Terendak lebih kurang jam 7.45am. Lebih kurang jam 9.00am kami bergerak ke Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) iaitu pusat latihan Komando. Di situ kami tangkap gambar tatacara bersuci dan solat bersama Sniper & Spotter komando. Dah alang-alang bersama Sniper & Spotter komando, saya mencuba pakaian Sniper dan mencuba sendiri pergerakan solat dengan pakaian tersebut. Berpeluh juga pakai pakaian tu. Bayang tengok Sniper pakai dalam tempoh berjam-jam atau berhari-hari kalau dalam latihan atau operasi. Habis shooting gambar, kami dijemput untuk minum bersama Komandan PULPAK. Kami berborak ringkas dan mengcapkan terima kasih kerana kebenarannya untuk kami shooting dengan komando beliau. Dapat ja makan 2-3 ulas musang king. Tengah hari kami pergi ke rumah Kapten Faiz untuk berehat sekejap dan makan tengah hari. Lepas tu kami ke Masjid Syuhada untuk solat Zohor. Jam 2.00pm kami bergerak pula ke Skuardron 12 Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) ATM yang terletak bersebelahan Kem Terendak. Di situ kami berjumpa dengan CO dan diberi taklimat tentang peranan Skuardron CBRNe. Kami bersoal jawab juga tentang isu-isu fiqh berbangkit. Ini kerana Skuardron CBRNe adalah pasukan yang akan pakai PPE khas bila berlaku perang yang melibatkan agen-agen kimia dan lain-lain yang berbahaya. Pemakaian PPE itu bergantung kepada jenis PPE yang dipakai. Kebiasaan akan melibatkan pemakaian PPE dalam tempoh 30 minit hingga ke 2-3 jam bergantung kepada situasi. Setelah taklimat, kami dibawa melawat ke stor penyimpanan PPE dan di situ saya sendiri memakai 2 jenis PPE kategori A (yang melibatkan situasi bahan kimia tidak diketahui). Jenis ini perlu bantuan 2-3 orang untuk memakainya sebab susah. Macam pakaian angkasawan dan ada tong gas oksigen yang digalas di belakang badan dan topeng oksigen yang dipakai di bahagian muka. PPE ini bertutup rapat. Saya pakai dalam masa 10 minit pun dah rasa sesak nafas dan rasa sempit dada. Saya cuba berjalan pun terkedek-kedek dan susah. Cuba nak rukuk pun rasa nak terhumban ke depan kerana sedang menggalas tong gas oksigen. Satu lagi ialah PPE kategori C. Ia ada baju, seluar dan kasut khas tapi tak seberat PPE gred A. Tong gas oksigen pun tak ada. Hanya topeng muka seperti dalam gambar (Saya dalam PPE biru dan Us. Azhar PPE Hijau). Saya cuba melakukan pergerakan solat seperti rukuk dengan PPE ini tidak ada masalah sangat. Lepas itu kami shooting gambar dengan anggota tentera yang pakai PPE gred C. Saya cuba bertahan selama 40 minit dalam PPE tu walaupun berpeluh-peluh dan rasa sesak nafas bila setiap kali cuba bernafas. Saya nak rasa sendiri keperitan memakai PPE dalam tempoh yang lama. Rupanya ada sahaja isu-isu fiqh berkaitan tentera ini. Setiap kali kami buat kajian sebegini, ada sahaja info dan ilmu baharu yang kami perolehi. Ini baru cabang tentera darat. Cabang tentera laut dan udara juga ada isu-isu fiqh tersendiri. Alhamdulillah pihak ATM memberi kerjasama yang amat baik kepada team kami. Perjalanan hari ini kami sudahi dengan makan lempeng di tepi pantai dengan team USIM dan tean KAGAT yang juga selalu menemani kami sepanjang kami buat kajian ini. Saya sampai rumah jam 9.00pm. Amat penat sebab saya lah driver, saya lah kamera man, saya lah Director hahaha. Namun Alhamdulillah berbaloi. Nota: saya hanya boleh tunjuk gambar sebahagian sahaja dan tidak keseluruhannya.

03 April 2025

TRAGEDI KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS: APA PERANAN AGAMAWAN DAN AGENSI AGAMA?

 






Kelmarin 3 Syawal saya ke Kampar Perak sebab nak ziarah adik no 4 yang sudah lebih kurang 10 bulan terlantar akibat "brain damage" kerana darah beku. Mak, ayah dan adik no 5 pun ada di sana. Lepas keluar tol Bandar Serenia, spontan saya beritahu keluarga, jom kita melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights yang menempatkan mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
Kami singgah sekejap di Giant Putra Heights beli air mineral dan keperluan wanita. Lepas itu kami ke Masjid Putra Heights menyampaikan sumbangan tersebut. Kami tidak lama di PPS tersebut. Atas highway kepala saya ligat apa yang saya boleh buat untuk "memberi sumbangan" dalam bentuk lain kepada mangsa dan petugas di PPS tersebut. Dalam dok fikir-fikir tu, dapat ilham nak buat ceramah berkaitan fiqh bencana. Boleh kongsi ilmu fiqh tentang tatacara bersuci dan solat bagi mangsa yang berbalut di anggota wuduk contohnya. Untuk itu, saya perlukan akses dan punca kuasa. Terus saya call Dato' Dr. Miszairi, Timbalan Mufti Selangor ajak kolobrasi dengan Jabatan Mufti Selangor. Dia kata akan panjangkan kepada Dato' Mufti. 15 minit lepas tu dia call semula dan beritahu yang Dato' Mufti Selangor setuju dengan cadangan itu. Dia minta untuk saya hubungi Ketua Penolong Mufti Selangor untuk urusan lanjut. Sepanjang perjalanan, saya bersembang dengan isteri bagaimana pelaksaaannya nanti. Daripada sekadar ceramah, dapat lagi idea untuk buka kaunter Klinik Hukum. Bila sampai di Kampar, saya terus call Us. Shukri, Ketua Penolong Mufti Selangor dan menyampaikan idea pelaksanaan program itu nanti. Lewat petang, Us. Shukri wasap saya yang Ketua Bahagian Pengurusan Masjid JAIS nak jumpa esok pagi jam 7.45am di Masjid Putra Heights untuk lawatan tapak dan mendengar penerangan pelaksanaan program. Pagi 4 Syawal selepas solat Subuh, jam 6.30 pagi saya, isteri dan Us. Azhar (salah seorang ahli kumpulan penyelidik kajan bencana USIM) bergerak ke Masjid Putra Heights. Kami sampai awal dalam 7.05 minit pagi. Kami meninjau sekitar PPS Masjid Putra Heights dan kami mendapat maklumat ada seorang pelajar USIM yang menjadi mangsa tragedi terbabit. Terus saya call pelajar tersebut dan kami berjumpa dengannya, si kakak (rupanya baru grad dari USIM juga) dan si ibu. Kami mendengar cerita mereka dari awal kejadian sehingga mereka ditempatkan di PPS itu. Lepas itu kami bermesyuarat dengan wakil Jab Mufti Selangor (Us. Shukri), Jab Agama Islam Sel (JAIS) Bahagian Pengurusan Masjid (Us. Hashim) dan Pengurus/Imam Masjid Putra Heights (Us. Abd Hadi) untuk pelaksanaan program yang dirancang. Ideanya ialah buka kaunter Klinik Hukum dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang. Sebelum Jumaat akan diadakan ceramah ringkas berkaitan fiqh bencana bagi mangsa dan petugas. Namun sebelum itu, saya terlebih dahulu cerita kronologi bagaimana kami terlibat dengan kajian bencana (sebelum ini kami kaji fiqh banjir) dan kenapa saya nak buat sangat aktiviti keagamaan di PPS sebagai sumbangan dakwah kita para asatizah. Jawatankuasa bencana daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah tidak melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri. Pengurusan bencana selalunya melibatkan bantuan berbentuk fizikal. Sebab itu bila berlaku apa bencana seperti banjir atau kebakaran saluran paip gas yang dihadapi negara sekarang, pihak yang terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis, Rela, Bulan Sabit Merah dan beberapa agensi kerajaan lain (di PPS Masjid Putra Heights, JPJ dan JPN pun ditempatkan di situ untuk urusan berkaitan). Namun JAIS tidak ditempatkan kerana secara dasarnya, tidak berkaitan dengan keperluan fizikal. Namun sejak saya terlibat dengan kajian fiqh banjir tahun 2015, saya merasakan sebenarnya pihak agensi agama juga PATUT ditempatkan di semua PPS. Kalau Jawatankuasa bencana daerah tidak mahu melibatkan agensi agama di PPS kerana bagi mereka tiada keperluan, maka agensi agama (yang paling sesuai adalah Jabatan Agama Islam Negeri) perlu proaktif menempatkan diri di PPS untuk memastikan syiar Islam tetap terpelihara. Apa peranan JAIN/agensi agama di PPS? Cukup banyak. Antaranya:
- Memastikan pelaksanaan solat berjemaah tetap berjalan. Di PPS Masjid Putra Heights tiada masalah sebab memang dalam masjid pun.
- Rujukan bagi mangsa dan petugas yang ingin tahu hukum hakam fiqh atau isu akidah berkaitan.
- Menganjurkan kelas al-Quran dan fardu ain terutama kepada kanak-kanak yang biasanya hanya melepak dan bermain tanpa ada aktiviri khusus. PPS bukan hanya di masjid tetapi ada di Dewan Orang Ramai dan ada di sekolah. Pengalaman saya menguruskan PPS Sekolah Kebangsaan Kota Warisan ketika musibah banjir besar melanda Selangor tahun 2022, memang saya buat perkara-perkara di atas. Sebabnya ialah saya ada "kuasa". Alhamdulillah kelas al-Quran dan fardu ain kepada kanak-kanak mendapat sambutan yang tidak dijangka daripada mangsa banjir yang ditempatkan di situ. Jadi para agamawan dan agensi agama/JAIN turut boleh menyumbang sesuatu kepada mangsa dan petugas kebakaran saluran paip gas di Putra Heights. Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri, Ketua, Kumpulan Integrasi Kajian dan Pengurusan Bencana (iKencana), USIM. ---------------------------- Insya Allah esok 4 April 2025, Kumpulan Integrasi Kajian dan Pengurusan Bencana (iKencana), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Masjid Putra Heights akan membuka kaunter Klinik Hukum dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang di Masjid Putra Heights. Semua muslimin dan muslimat (mangsa dan petugas) yang ada kemusykilan agama berkaitan bencana boleh datang ke kaunter tersebut. Satu sesi ceramah Fiqh Bencana juga akan diadakan pada jam 12.15 tengahari sebelum solat jumaat yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri, Ketua Kumpulan Integrasi Kajian dan Pengurusan Bencana (iKencana), USIM.

17 Februari 2025

Standard Multimedia Kreatif Patuh Syariah

 


13 Feb 2025 saya berbengkel di Hotel Sama-Sama KLIA untuk membangunkan Standard Multimedia Kreatif patuh Syariah yang mana filem atau drama termasuk di bawah kategori ini. Bengkel ni anjuran Jabatan Standard Malaysia. Peserta terdiri daripada industri filem tanah air seperti pelakon, penerbit, pengarah, penulis skrip, penyunting, Finas dan lain-lain lagi di samping Jakim dan pakar Syariah. Seronok dapat mengetahui ilmu baru tentang pembikinan filem. Saya duduk sebelah pelakon Esma Daniel. Dia antara yang bersemangat memberi idea untuk Standard ini. Moga usaha ini menjadi amalan salih kami.

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage