Antara kajian lapangan yang saya buat ialah tentang institusi agama atau lebih tepat tentang beberapa Jabatan Mufti Negeri. Kajian itu mengenai tahap pengetahuan masyarakat Islam di bandar-bandar utama tentang kewujudan Jabtan Mufti Negeri tersebut dan tahap pematuhan terhadap fatwa-fatwa yang diputuskan. Saya pernah juga buat kajian dan menghasilkan graduan sarjana tentang Mufti Wanita di Malaysia. Saya hasilkan model bidangkuasa sekiranya pada masa akan datang ada Negeri yang ingin melantik sorang Mufti wanita. Untuk pemantapan kertas kerja fatwa atau terkadang dipanggil kertas hukum, dalam RTD anjuran IKIM saya pernah cadangkan agar dilakukan audit fatwa. Pilih beberapa kertas fatwa (kalau tak semuapun), lalu dilantik pihak ketiga untuk semak penulisan kertas kerja tersebut. Ini untuk meningkatkan kualiti penulisan kertas hukum kefatwaan. Dalam pengajaran subjek Pengurusan Fatwa di USIM, antara tugasan pelajar ialah saya minta pelajar membuat ulasan tentang laman web Jabatan Mufti Negeri. Saya juga minta pelajar buat analisis SWOT. Untuk memantapkan kemahiran pegawai di Jabatan Mufti, saya bangunkan modul Sijil Eksekutif Kemahiran Istinbat Hukum. Dua Jabatan Mufti iaitu Sarawak dan Wilayah Persekutuan telah mengikuti lapan siri modul tersebut. Sebagai pemeriksa luar dan penyelia tesis, saya amat terbuka sekiranya ada calon pelajar yang mencadangkan penambahbaikkan apa sahaja aspek tentang Jabatan Mufti atau Jawatankuasa Fatwa. Saya sudah menjadi penyelidik lebih 20 tahun. Banyak terlibat membuat kajian dan kertas kerja kefatwaan sama ada untuk JK Muzakarah MKI di peringkat Kebangsaan mahupun untuk JK Fatwa Negeri. Saya kenal dan ada ramai kawan di JAKIM, JK Muzakarah MKI dan JK Fatwa Negeri. Apatah lagi sekarang saya salah seorang AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang. Ini semua bukan tujuannya untuk membuka pekung Jabatan Mufti Negeri, apatah lagi nak memburukkannya. Tujuan dan hasrat saya ialah untuk menyumbang sesuatu kepada penambahbaikkan dan memantapkan peranan institusi kefatwaan tersebut. Apa yang saya kaji, apa yang saya buat dan apa yang saya cadangkan seperti biasa ada yang terkejut, ada yang terima, ada yang sinis dan ada yang tidak terima sama ada secara baik atau keras. Saya akan terus buat apa yang saya buat dulu, kini dan selamanya insya Allah selagi hayat dikandung badan.
Slide 1
SAAT TERINDAH
Diizinkan Allah SWT untuk mengunjungi Baitullah dan masuk ke dalam ka'bah pada tahun 2023
View MoreSlide 2
PEMBURU ILMU
Walau air tujuh lautan diambil sebagai dakwat pena, ia tidak akan habis untuk merekodkan ilmu-Mu
View MoreSlide 3
PENYELIDIK LAPANGAN
Dunia akademik tidak sempurna tanpa turun ke lapangan untuk membuat penyelidikan
View More
Ikuti saya!