Jabatan Mufti Perlu Pantas?


12 Mac 2016

Jabatan Mufti Perlu Pantas?

Beberapa sahabat saya mengulas tentang saranan Dr. Zul al-Bakri agar jabatan mufti negeri pantas dalam memberi jawapan kepada isu semasa.

Saya nak ulas ringkas daripada dua sudut pandang:

Jabatan mufti negeri patut menerima saranan ini dengan hati yang terbuka. Ini bertujuan untuk memantapkan institusi fatwa negeri. Saya pernah menjalankan kajian di sebuah negeri. Dapatan kajian menunjukkan lebih kurang 67% sahaja mengatakan jabatan mufti negeri itu menyampaikan fatwa dengan
 cepat.
Dapatan kajian ini sebenarnya dapat membantu jabatan mufti menambah baik pengurusan. Kalau selama ini kita hanya banyak mendakwa tanpa ada bukti, maka sekarang kita bercakap dengan bukti (boleh datang ke INFAD untuk melihat kajian tersebut).

Saya melalui kajian ini tidak bertujuan mendedahkan kelemahan jabatan mufti. Ia lebih kepada menambah baik pengurusan sedia ada. Itu sebabnya perlu audit dilakukan dari masa ke semasa supaya kita tidak berpuas hati dengan prestasi semasa atau berada dalam zon selesa.

Dengan pengurusan dan sistem penyampaian yang cepat dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi fatwa.

Dari sudut pandang lain, saranan ini mungkin sesuai bagi isu-isu biasa yang sudah ada dalam kitab dan mudah dijawab dengan pantas. Namun jika isu baharu atau perlu kajian mendalam, maka jika mufti atau jabatan mufti terus menjawab tanpa kajian mendalam ia adalah langkah yang tidak cermat.

Di sini masyarakat juga perlu faham. Kebiasaan kajian yang dijalankan selalunya antara sebulan hingga empat atau enam bulan. Itu tempoh kajian sahaja, tidak termasuk kelulusan untuk kajian tersebut dan keputusan yang akan diambil selepas pembentangan hasil kajian.

Kenapa hingga tiga-enam bulan? Kerana kajian itu dilakukan oleh penyelidik luar (kebiasaannya pensyarah universiti). Mereka ini terikat dengan komitmen kerja di universiti dan bukannya penyelidik tetap di jabatan mufti. Pegawai jabatan mufti biasanya boleh menyediakan kertas kerja dan tidak atau kurang memiliki kemahiran menyelidik seperti pensyarah yang memang dalam satu tugasnya ialah menyelidik.

Pada zaman sekarang mufti atau pegawainya tidak hanya boleh berpada dengan rujukan kitab sahaja. Perlu ada kaitan lapangan supaya keputusan atau fatwa yang dikeluarkan lebih tepat.

Apa sahaja mekanisme untuk mempercepatkan kajian fatwa ini saya amat menyokongnya kerana ia lebih menyerlahkan kredibiliti jabatan mufti negeri.

Tiada ulasan

Catat Ulasan

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage