Seminar Fatwa, Pengajian, Pendidikan dan Inovasi Islam Antarabangsa (SeFPIA) 2018


15 Februari 2018

Seminar Fatwa, Pengajian, Pendidikan dan Inovasi Islam Antarabangsa (SeFPIA) 2018



Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk membentangkan kertas kerja dalam:

Seminar Fatwa, Pengajian, Pendidikan dan Inovasi Islam Antarabangsa (SeFPIA) 2018
Tarikh: 28-29 Ogos 2018
Tempat: Dewan Kuliah Utama (DKU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tema Utama
“Menginovasikan Pengilmuan Ummah”

Sub Tema:
- Fatwa
- Pengajian Islam
- Pendidikan Islam
- Inovasi Islam

Untuk perincian sub-sub tema sila lawati:

Semua kertas kerja yang diterima untuk dibentangkan dalam SeFPIA 2018 akan diterbitkan dalam salah satu jurnal berwasit berikut (mengikut tema kertas kerja):
i. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa (INFAD, USIM)
ii. Jurnal Ulum Islamiyyah (USIM)
iii. Journal Of Hadith Studies (FPQS, USIM)
iv. Jurnal al-Abaqari (FKP, USIM)
v. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR) (FEM, USIM)
vi. Journal Of Ma'alim Al-Quran Wa Al-Sunnah (FPQS, USIM)
vii. Jurnal Sains Insani (PPT, USIM)

Nota: Penerbitan kertas kerja SeFPIA 2018 dalam jurnal berwasit di atas tertakluk kepada penilaian dan pembayaran yuran. Semua kertas kerja SeFPIA akan melalui proses penilaian oleh dua orang penilai secara blind review.

Kertas kerja SeFPIA 2018 boleh ditulis dan dibentangkan dalam tiga bahasa:
i. Bahasa Melayu.
ii. Bahasa Inggeris.
iii. Bahasa Arab.

Tarikh Penting
Tarikh akhir penghantaran abstrak: 15 April 2018
Tarikh akhir pemakluman penerimaan abstrak: 20 April 2018
Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh: 15 Jun 2018
Tarikh akhir pembayaran yuran: 15 Ogos 2018
Tarikh seminar: 28-29 Ogos 2018

Yuran
Pembentang Luar RM 600.00
Pembentang USIM RM 500.00
Pembentang Pascasiswazah RM 300.00
Peserta Individu RM 100.00
Peserta Institusi RM 200.00

Yuran merangkumi makan/minum, beg seminar dan penerbitan kertas kerja dalam jurnal berwasit.

Anjuran:
Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
71800, Nilai,
Negeri Sembilan, Malaysia.
Tel: +606-798 8413
Faks: +606-798 8591
Emel: sefpiainfad@gmail.com
http://infad.usim.edu.my/sefpia2018

Klik banner di bawah:

Tiada ulasan

Catat Ulasan

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage