Antara perbincangan dalam istihalah ialah apa hukum sesuatu sekiranya istihalah berlaku bukan dengan sendirinya (seperti dalam kes arak bertukar menjadi cuka) tetapi ia berlaku akibat daripada campur tangan manusia.
Terkadang disebut dengan istilah al-takhlil atau istihalat al-shay' bi wad' shay'in fiha dan lain-lain. Dalam isu ini terdapat 3 pandangan mazhab seperti berikut:
Pandangan Pertama (Fuqaha Hanafiyyah, 1 pandangan imam Malik, 1 pandangan imam Ahmad, Ibnu Hazm, al-Shawkani dan lain-lain)
al-Takhlil (campur tangan manusia) dalam arak hingga ia menjadi cuka adalah harus dan suci. Dibolehkan mengambil manfaat daripada proses ini.
Pandangan Kedua (1 pandangan imam Malik, imam Shafi'i, pandangan masyhur imam Ahmad, Ibnu Taymiyyah, Ibnu Qayyim dan lain-lain)
al-Takhlil (campur tangan manusia) dalam arak hingga ia menjadi cuka adalah tidak harus (haram). Sekiranya diletakkan sesuatu ke dalamnya (campur tangan manusia), ia tidak suci dan tidak halal.
Pandangan Ketiga (1 Pandangan fuqaha Malikiyyah)
Sekiranya al-Takhlil (campur tangan manusia) dalam arak hingga ia menjadi cuka berlaku dengan sengaja, hukumnya adalah makruh. Namun ia adalah suci dan boleh diambil manfaat daripadanya.
Kesemua mazhab berhujahkan dengan beberapa hadis dan athar para sahabat. Saya tidak memperincikan dalil sandaran setiap mazhab dan juga pentarjihan. Hanya menyebut pandangan mazhab fiqh dalam isu ini sahaja.
Untuk perincian dalil dan hujah serta pentarjihan boleh rujuk kitab-kitab berikut, antaranya:
Bada'i' al-Sana'i' - al-Kasani
al-Jami' Li Ahkam al-Qur'an - al-Qurtubi
al-Sharh al-Kabir Ala Mukhtasar Khalil - al-Dardir
al-Mughni - Ibnu Qudamah
al-Muhalla - Ibnu Hazm
al-Sayl al-Jarrar - al-Shawkani
al-Majmu' Sharh al-Muhadhdhab - al-Nawawi
al-Fatawa al-Kubra - Ibnu Taymiyyah
I'lam al-Muwaqqi'in - Ibnu Qayyim
al-Istihalah Wa Mustajaddatuha Fi Muntajat al-Tajmil Wa al-Tanzif Dirasah Fiqhiyyah - Dr. Muneer Ali Abdul Rab
Tiada ulasan
Catat Ulasan