Saya pernah memohon jawatan Naib Canselor Unishams dan telah dipanggil temuduga pun. Ada 3 orang calon yang disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga.
Antara soalan panel yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah apa langkah dan strategi saya untuk menjana kewangan Unishams.
Pertamanya saya menjawab sepatutnya Universiti tidak dibebankan dengan kerja mencari wang. Universiti sepatutnya fokus kepada pembangunan dan penyediaan akademik pelajar.
Namun memandangkan penjanaan kewangan Universiti sudah menjadi satu kewajipan sekarang dan semua pihak berkaitan bercakap mengenainya, maka saya memperkenalkan satu strategi untuk Unishams yang saya namakan "Strategi Koloni Lebah".
Secara mudahnya ia adalah kerjasama semua pihak dalam Universiti untuk turut menjayakannya. Adalah 2-3 cadangan untuk penjanaan yang saya nyatakan dalam temuduga itu.
Pendek cerita saya tidak dapat jawatan itu. Saya tidak kecewa pun. Ia satu pengalaman untuk saya. Namun kalau saya dipanggil untuk temuduga jawatan Naib Canselor mana-mana universiti lain pula, strategi sama yang saya akan cadangkan. Banyak juga idea saya nak cadangkan khususnya tentang penjanaan kewangan Universiti.
Kalau nak tahu panggillah saya untuk temuduga Naib Canselor.
Tiada ulasan
Catat Ulasan